Adakah kerana hasil forum Dekat Dihati? Atau suntikan semangat Ustazah hashimah dan Mejar dalam Forum Air Mata Palestin? Atau kerana gelombong peperiksaan ketiga-tiga batch ini semakin kuat terasa? Atau apa sebabnya? Apa pun sebabnya, berbalik semua kepada Allah yg menggerakkan hati kita, yg memberi kekuatan pada anggota badan kita untuk menyahut seruan hai ya alassolah secara berjemaah dan juga amal kebaikan yang lain.
Seperti firman Allah dalam surah al-Anfal: 63
“dan Dialah (Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia maha Perkasa Maha Bijaksana”
Buatla program mega mane pun.. tawarkanlah merit sebesar manapun..namun kalau Allah tak mengizinkan kita untuk membuat sesuatu, maka tidak la jua.
Mungkin ada antara kita yg kadang-kadang merasa malu..malu kerana hanya aktif solat berjemaah (atau buat amal2 sunat) apabila kita rasa lemah (eg: exam).. Ia, seharusnya kita berasa malu dengan Allah.. malu yg amat dengan kesombongan kita..bayangkan kalau Allah hanya beri kita oksigen masa kita rajin beribadah kpdNYA………………………………………xdapa
Namun, jangan sampai malu itu menghalang kita meneruskan kebaikan tersebut. Sepatutnya, malu itu membuatkan kita untuk terus berusaha supaya istiqamah dalam amalan kita..
Mari kita ambil dari sudut yang positif. Mungkin inilah titik permulaan untuk kita berubah menjadi manusia hebat di sisi Allah. Siapa tahu, berkat doa imam yg diaminkan oleh makmum yg semuanya penuh pengharapan pada Allah, kita mula mengenali erti syukur. Kita mula menambahkan amalan sunat… dan bertitik tolak dari situ kita mula merasakan nikmatnya hidup mengikut panduan Islam.
dan dalam keadaan susah begini mungkin baru kita sedar hikmah ujian kesusahan yg Allah timpakan.. jika tiada ujian dariNya, mungkin iman kita sentiasa di level yg sama atau lebih teruk lagi semakinmerundum jatuh..
Bak kata ustaz Anuar Ridhuan dalam forum Dekat Di Hati tempon hari. Buatlah apa jua kebaikan walaupun kamu tidak tahu status niat kamu samade ikhlas atau tidak.. berdoalah kepada Allah agar ikhlas itu menyusul juga nanti berkat istiqmah yg kita usahakan..
Ayuh, sahabat semua..kita saling bantu-membantu dan mengingatkan antara satu sama lain
0 comments:
Post a Comment