Pages

Friday 29 January 2010

DOA KECEMERLANGAN

1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :

“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.

3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.

5) Doa memohon kejayaan cemerlang :

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

6) Doa ketika menerima kertas soalan :

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :

“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

Tuesday 19 January 2010

sejuk mata memandang, sejuk lagi hati terasa

Alhamdulillah..sejuk mata memandang sejuk lagi hati terasa. Alhamdulillah, itula selayaknya kalimah yg dilafazkan apabila melihat jemaah muslimah di surau ar- razi semakin ramai..terutama waktu maghrib...seronok rasa di hati.. dapat jumpa kawan2 yg lain posting. Dapat kenal lagi dgn rakanrakan 3rd year. Dapat “tuisyen free” dari shbt 4th year dan kakak 5th year..subhanallah..indahny
a ukhwah akidah yg satu ini…

Adakah kerana hasil forum Dekat Dihati? Atau suntikan semangat Ustazah hashimah dan Mejar dalam Forum Air Mata Palestin? Atau kerana gelombong peperiksaan ketiga-tiga batch ini semakin kuat terasa? Atau apa sebabnya? Apa pun sebabnya, berbalik semua kepada Allah yg menggerakkan hati kita, yg memberi kekuatan pada anggota badan kita untuk menyahut seruan hai ya alassolah secara berjemaah dan juga amal kebaikan yang lain.

Seperti firman Allah dalam surah al-Anfal: 63
“dan Dialah (Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia maha Perkasa Maha Bijaksana”

Buatla program mega mane pun.. tawarkanlah merit sebesar manapun..namun kalau Allah tak mengizinkan kita untuk membuat sesuatu, maka tidak la jua.

Mungkin ada antara kita yg kadang-kadang merasa malu..malu kerana hanya aktif solat berjemaah (atau buat amal2 sunat) apabila kita rasa lemah (eg: exam).. Ia, seharusnya kita berasa malu dengan Allah.. malu yg amat dengan kesombongan kita..bayangkan kalau Allah hanya beri kita oksigen masa kita rajin beribadah kpdNYA………………………………………xdapat nak bayangkan..

Namun, jangan sampai malu itu menghalang kita meneruskan kebaikan tersebut. Sepatutnya, malu itu membuatkan kita untuk terus berusaha supaya istiqamah dalam amalan kita..
Mari kita ambil dari sudut yang positif. Mungkin inilah titik permulaan untuk kita berubah menjadi manusia hebat di sisi Allah. Siapa tahu, berkat doa imam yg diaminkan oleh makmum yg semuanya penuh pengharapan pada Allah, kita mula mengenali erti syukur. Kita mula menambahkan amalan sunat… dan bertitik tolak dari situ kita mula merasakan nikmatnya hidup mengikut panduan Islam.

dan dalam keadaan susah begini mungkin baru kita sedar hikmah ujian kesusahan yg Allah timpakan.. jika tiada ujian dariNya, mungkin iman kita sentiasa di level yg sama atau lebih teruk lagi semakinmerundum jatuh..
Bak kata ustaz Anuar Ridhuan dalam forum Dekat Di Hati tempon hari. Buatlah apa jua kebaikan walaupun kamu tidak tahu status niat kamu samade ikhlas atau tidak.. berdoalah kepada Allah agar ikhlas itu menyusul juga nanti berkat istiqmah yg kita usahakan..

Ayuh, sahabat semua..kita saling bantu-membantu dan mengingatkan antara satu sama lain

Monday 11 January 2010

:: Jom ke surau ::

Hadith :

Dari Ubai bin Kaab r.a katanya:”Ada seorang lelaki yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu dia tidak pernah ketinggalan bersolat jamaah. Kata orang kepadanya:”Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu di malam gelap atau di panas terik.” Dia menjawab:”Aku tidak suka tinggal berdekatan dengan masjid kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis Allah pahalanya bagiku.” Sabda Rasulullah SAW :”Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagi mu.”(Muslim)

Huraian

Begitu indah ‘panggilan Allah’ sehingga orang yang benar-benar beriman akan segera berganjak dari kesibukan mereka untuk segera menyahut panggilan-Nya. Demikian juga banyak sekali keutamaan yang diberikan kepada mereka yang memakmurkan rumah Allah (masjid). Maka sesuai dengan kemajuan hari ini juga, banyak surau-surau dan masjid yang cantik dibina bagi memudahkan kita untuk solat berjemaah. Apatah lagi jika surau atau masjid itu terletak berdekatan dengan kediaman kita. Tidak perlu kita berkenderaan untuk ke sana. Namun kelazimannya manusia sentiasa tidak bersyukur di atas nikmat tersebut yang jika direnungkan amat ketara sekali pengabaiannya. Ini terbukti apabila kebanyakan masjid tinggal terbiar, sunyi sepi tanpa dimakmurkan oleh ahli kariah masing-masing sedangkan fungsi masjid amat luas iaitu selain menjadi tempat mendirikan solat ia juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan aktiviti ceramah, majlis ilmu, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Hari ini apa yang menjadikan masjid meriah hanyalah jika tiba bulan puasa dan hari raya. Meskipun kedudukan masjid tidak jauh ternyata kita tidak tertarik untuk ke sana. Kata orang, hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tetapi jika hendak ke masjid, meskipun tidak hujan, panas, jauh sekali ribut petir kita tetap tidak pergi ke masjid. Betapa kita menilai bahawa pemberian gaji dan pemberian pahala itu seakan sesuatu yang asing. Kerja untuk dunia dan solat untuk akhirat. Sedangkan kerja juga suatu ibadah yang ganjarannya selain datang dari manusia yang berupa gaji, ia juga datang daripada Allah yang dengan sifat Pemurah-Nya memberikan kita rezeki (melalui kerja tersebut) dan Dia jugalah yang memberikan kita pahala jika kerja itu diniatkan sebagai ibadah yang dilakukan kerana Allah. Maka kita selaku manusia sewajarnya bersyukur kepadanya dengan datang beramai-ramai ke masjid untuk memakmurkan rumah-Nya yang sekalipun kita tidak diberi gaji untuk itu tetapi yang penting kita dikurniakan pahala dan keberkatan oleh-Nya. Bukankah itu sebaik-baik jalan bagi manusia menuju kesejahteraan hidup memandangkan bahawa bumi ini adalah milik Allah dan kita hanyalah makhluk yang kerdil yang menumpang sementara di atasnya. Justeru hidupkanlah masjid sebagai tempat untuk menunaikan ibadah secara berjemaah selain mendirikannya di rumah secara sendirian ataupun bersama keluarga!


Imam Al-Manawi berkata dalam kitab Faidhul Qadir mengenai sabda Rasulullah saw, "

"
Sesiapa yang pergi menuju solat fardhu berjemaah ia sama dengan menunaikan ibadah haji". Yakni (ia akan memperoleh) seperti pahala haji, tapi tidak mesti sama ukurannya".

Ini bermakna jika kita konsisten/berterusan mendirikna solat berjemaah Allah memberikan ganjaran pahala yang banyak seperti menunaikan haji.


* Dalam satu hadis yang bermaksud.


"
Para Malaikat sentiasa mendoakan seseorang kamu, selagi ia tetap di tempat solatnya, sehingga wudhu'nya batal ataupun ia bercakap. Para malaikat itu memohon; " Ya Allah , Ya Tuhanku !, Ampunilah dia , Rahmatilah dia!".

*
Membiasakan diri bersolat jemaah adalah perkara yang besar faedahnya. Tapi berjemaah semasa solat Isyak dan Subuh adalah lebih besar faedahnya, sebagaiman sabda Rasulullah saw. Maksudnya:

" Barangsiapa solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun beribadat setengah malam. Dan barangsiapa yang solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun sepanjang malam beribadat".

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"
Andaikata para manusia itu mengetahui betapa besarnya pahalanya mengerjakan solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, niscayalah mereka akan mendatangi kedua solat itu, sekalipun dengan jalan merangkan".
-( Muttafaq "alaih)