Pages

Wednesday 14 April 2010

MAJLIS KESYUKURAN TAHUN 5

SALAM SAHABAT SEKALIAN....

ADA BERITA BAIK..

PIHAK SURAU AL-RAZI AKAN MENGADAKAN SATU MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA KEJAYAAN KITA

MELANJUTKAN PELAJARAN KE TAHUN 5 DAN BERGELAR "FINAL YEAR MEDICAL STUDENT"

TARIKH: 15 APRIL 2010
HARI: KHAMIS
TEMPAT: SURAU AL-RAZI
MASA: 8.00PM-9.00PM


AGENDA:

7.00PM: BERKUMPUL DAN IFTAR
7.45PM: SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
8.00PM: BACAAN YASIN, TAHLIL DAN SEDIKIT PENGISIAN DARI KETUA BBA TAHUN 5
8.40PM: SOLAT ISYAK DAN SOLAT HAJAT BERJEMAAH
9.00PM: SEDIKIT JAMUAN RINGAN

untuk iftar, boleh bagi nama kat nombor ni 012-6787209, atau tulis nama di surau (lelaki dan perempuan) atau kat ruangan ni..

MARI RAMAI-RAMAI HADIRKAN DIRI SEBAGAI TANDA ANDA BERSYUKUR =)

p/s: sebarang pembaharuan akan diberitahu..

Monday 12 April 2010

:: DOA KEBERKATAN ILMU ::


Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan,
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan.

Tuhan… Ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan. Jangan pula kehidupan orang lain tersuluh tapi kehidupanku gelap,
Di akhirat kelak menjadi hujah & saksi mengapa aku tidak amalkan.

Ya Allah aku memohon kepada-Mu betambah amalku,
Jangan sampai usahaku orang lain selamat & aku tidak,

Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan,
Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan
Tuhan… Ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan,
Jangan pula kehidupan orang lain tersuluh tapi kehidupanku gelap,
Di akhirat kelak menjadi hujah & saksi mengapa aku tidak amalkan,

Ya Allah aku memohon kepada-Mu betambah amalku,
Jangan sampai usahaku orang lain selamat & aku tidak,
Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk mujahadah
Serta membantuku untuk beribadah & bertaqwa

Ya Allah aku berlindung dengan-Mu jangan sampai ilmuku melaknatku
Semula kerana bermegah-megah & tidak amalkan,
Jadikanlah aku bertambah-tambah ilmu bertambah dekat dengan-Mu,
Bertambah ilmu bertambah ibadah & amalan,

Tuhan jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri & orang lain,
Boleh menyuluh hatiku & menyuluh hati orang lain,
Seterusnya jadikanlah ilmu itu sentiasa memberi manfaat & syafaat
Amin Ya Rabbal Alamin..


Ketahuilah olehmu orang yang suka menuntut ilmu..

Sesungguhnya apabila tujuan engkau dalam menuntut ilmu untuk bersenang-senangan & bermegah-megahan & untuk mendahului kawan-kawan sesamamu, serta untuk mengarah muka manusia supaya merasa segan kepadamu, maka perjalanan engkau yang demikian adalah untuk meruntuhkan agama engkau, serta menjual akhiratmu dengan duniamu, maka perniagaan dan perdagangan engkau akan kerugian.

Begitu juga orang yang mengajar serta menolong engkau dalam membuat maksiat, tak ubah seperti penjual pedang kepada seorang perompak di tengah jalan, sebagaimana nabi bersabda:

“Barangsiapa menolong orang membuat maksiat maka dia itu sekutu dengannya. Dan jikalau niat & tujuan engkau dalam menuntut ilmu untuk memperolehi hidayat daripada Allah S.W.T bukan semata-mata mencari riwayat, maka bergembiralah engkau, kerana bahasanya para malaikat membentangkan sayapnya untuk engkau, dan ikan-ikan di lautan meminta ampunan kepada Allah untuk engkau apabila engkau berjalan dengan keredhaan Allah.

( Imam al-Ghazali )


" Selamat Menempuh Final Year kepada MAHASISWA Tahun 5 "