Pages

Sunday, 15 November 2009

:: Ceramah Qurban Kembali


CERAMAH TERTANGGUH
OLEH


USTAZ ANUAR RIDHWAN

TARIKH : 18 NOVEMBER 09 ( RABU)

TEMPAT : SURAU AL-RAZI

MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB

IBADAH QURBAN

“ZOOM OUT”

“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)


:: Tahlil Perdana ::

Sempena Pemergian Ayah Kepada

Prof Madya Dr Mohd Shahrir Mohd Said

TARIKH : 16 NOVEMBER 09 ( ISNIN )

TEMPAT : SURAU AL-RAZI

MASA : SELEPAS ISYAK

"..Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula didahulukan.." (ayat 34, surah Al-Araaf)


Makan Malam di sediakan...

Wednesday, 11 November 2009

:: Salam AidilAdha ::

Gema takbir kembali berkumandang sebagai tanda satu lagi kejayaan ummat dalam membuktikan kepatuhan Hamba kepada Al -Khaliq (Pencipta) nya. Aidil Adha atau juga disebut sebagai hari raya korban oleh masyarakat kita sebenarnya membawa pengertian yang sangat besar. Pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS dalam peristiwa penyembelihan anaknya Ismail AS merupakan manifestasi kepada kepatuhan Hamba terhadap Tuhannya dan ketulusan Hamba dalam menunaikan janji terhadap Tuhannya.

Saya ingin mengajak seluruh mahasiswa untuk melihat dua mesej penting ini iaitu pengorbanan dan ketulusan menunai janji. Dua elemen ini amat penting dalam membina budaya bangsa untuk bangkit sebagai bangsa bermaruah dan dihormati.

Pengorbanan yang diajar dari peristiwa ini bukan hanya terbatas kepada korban haiwan ternak yang kita fahami tetapi kesanggupan dan kemampuan mengorbankan sesuatu yang kita sayangi dan rapat dengan kita, sesuatu yang sempurna tanpa cacat cela. Inilah yang diajarkan kepada seluruh umat dalam suasana bencana alam, bencana ekonomi, bencana budaya hedonisme yang teruk melanda Negara dan masyarakat hari ini.

Setiap individu terutamanya pemimpin seharus dan semestinya mengorbankan sedikit kesenangan yang dianugerah Allah untuk membantu mereka yang memerlukannya dan ini merupakan asas kepada perpaduan dan kesejahteraan negara. Sikap tamak haloba, mementing diri dan kelompok dengan menafikan hak mereka yang berhak telah banyak mengundang bahana kepada umat. Sikap buruk inilah antara lain menjadi punca kepada kemiskinan yang melarat yang berakhir dengan peningkatan kadar gejala sosial yang dahsyat yang kadangkala tidak pernah terbayang oleh kita ianya boleh berlaku dalam masyarakat kita ini. Sehinggakan tiada tempat atau masa yang boleh dianggap selamat bagi masyarakat melainkan sentiasa terdedah dengan jenayah. Inilah kesannya bila sang kaya lupa untuk mengorbankan sebahagian harta dan masanya untuk membantu yang memerlukan.

Pengajaran kedua adalah ketulusan dalam menunaikan janji yang dibuktikan dalam peristiwa pengorbanan Ibrahim AS ini harus menjadi budaya dalam masyarakat kita. Setiap kata mesti dikota. Allah mengherdik dan memurkai golongan yang tidak mengotakan apa yang dikata (Surah As-Saff 61:2-3).

Apabila penipuan dan pembohongan mengakar dalam budaya hidup umat maka natijahnya adalah kemusnahan system nilai bangsa. Penipuan boleh berlaku dimana-mana hatta dimahkamah tempat yang paling diyakini kebenaran pun penuh dengan penipuan dan pembohongan. Hal ini seharusnya mengundang kebimbangan umat untuk melihat semula sistem dan amalan hidup masyarakat kita. Negara kita adalah tanggungjawab kita. Justeru itu sempana Aidil Adha ini saya ingin menyeru ayuh kita berganding bahu membina budaya bekorban dan telus dalam berjanji mudah-mudahan Allah akan melimpahi rahmah dan barakahNya. Amin

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah Ilham

sumber : Info alternatif anda

Tuesday, 10 November 2009

:: IBADAH QURBAN “ZOOM OUT” ::

IBADAH QURBAN

“ZOOM OUT”

USTAZ ANUAR RIDHWAN

PENSYARAH JABATAN AL QURAN DAN HADITH,UM

TARIKH : 12 NOVEMBER 09

TEMPAT : SURAU AL-RAZI

MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB

“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)

:: Haram tp Halal ::

Salam ukhwah untuk semua..

Di bawah ini merupakan salah satu entry salah seorang teman..moger same2 kita dapat manfaatnya...

Hmm..byk yg perlu dikupas utk tajuk ni..Cuma nk sedarkan kita tntg fenomena yg mungkin seem to b halal pdhl perbuatan2 ini akan mendatangkn dosa..
pk la sendri..utk sapa yg terlibat,aku xkata hmpa jahat..aku juz nk kongsi artikel ni bersama..

1) Fenomena 1 : Tidak memakai tudung or menutup aurat
Jawapan yg sering diterima : Org x pki tudung x smstinya jahat (true!).tp
actually anda telah melanggar perintah Allah,igtlah ! .
Jwpn lain : Org yg pki tdg xsemestinya baik (true ! ).But look at the +ve side,at
least dia sudah kurang dosa utk 1 perkara..btul ka cmni?
Jwpn lain lg : xterima hidayah lg..Oooh..habis tu xnak cuba? ibarat kata ustaz
Anuar Ridwan,dia kata..semua yg kita buat ni mana ada yg awal2 tu ikhlas?? mesti
ada ganjarannya..bila dh lama buat,baru kita rasa ikhlas..sbb tu Allah pn nk srh
kita smyg dia bg ganjaran..

2) Fenomena 2 : Berkapel
Jwpn : Ala..kami xbuat apa2 pn..Jwpn ustaz ,klu xbuat apa2 pn still salah,berdosa
sbb mmg haram.Cth yg ustaz bg ;cuba masuk exam hall pastu xpyh jwb soklan
exam.then bila dpt 0 ,jwb kt examiner,tp saya xbuat apa2 !! haaa..still salah
kan???
Jwpn len lg : utk berkenalan dulu sblm pilih utk kawen..ustaz pn jwb ; klu mcm
tu,srh ada org tgh,cr la sapa2 lecturer ka tlg tgkkn org yg anda berkenan tu..jgn
jmpa direct..
Jwpn len juga sgt byk..mls nk kupas..

3 ) Fenomena 3 : Rebonding (sgt femes nowadays)
Jawapan : Aku buat utk saja2.Nk puaskn ati..Nak rambut cantik.Utk suami..
Jwpn ustaz : Tidak salah untuk kecantikan bagi suami, tetapi mesti memastikan
bahawa bahan kimia itu tidak menghalang air, jika ia bertindak menghalang air
dari rambut, maka tidak sah mandi hadas.N aku penah baca 1 artikel ni.xigt dh nk
cari blk kat mana,tp ada ckp yg bergantung pada niat.Klu utk suami (bg YG SUDAH
BERSUAMI) xpa,klu utk diri sendiri..hmm..pkir sendiri la ye..
Conclusion : NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

Tujuan aku post benda ni xlain xbkn hanyalah utk memberi nasihat.wpun ada jugak terlintas di hati rasa cm bersalah sbb xtau cmna nk tgur.Especially bila benda2 cmni berlaku kt kawan2 sendiri.Nk tegur salah,x tegur pn salah.tp suma pn dh mumayyiz,bleh pikir sendiri..Saya bkn pro bab2 cmni.tp sbb xpro tu lah,sy cuba utk pergi ke ceramah2 Ustaz Anuar Ridwan terutamanya,utk dgr soklan2 yg ditujukan kpd dia.Sronok g ceramah dia !!Klu salah,tlg btulkan eh.Tq..

p/s : igt,kita hidup bkn utk berhibur di dunia saja,tp ada akhirat yg menanti..

Thursday, 5 November 2009

:: Brief Discussion about ISLAM ::


Brief Discussion about ISLAM

“Being a muslim,what does it mean?”

By : Ass. Prof Dr Harlina Halizah Hj Siraj

Date : 10 Nov 2009 ( Tuesday)

Venue : Ibnu Sina

Time : 7.30 pm

'Bridging the gap,

'Answer a question by non muslim,

“ALL MUSLIM and NON MUSLIM

are very invited”