Pages

Friday, 29 January 2010

DOA KECEMERLANGAN

1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :

“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.

3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.

5) Doa memohon kejayaan cemerlang :

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

6) Doa ketika menerima kertas soalan :

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :

“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

Tuesday, 19 January 2010

sejuk mata memandang, sejuk lagi hati terasa

Alhamdulillah..sejuk mata memandang sejuk lagi hati terasa. Alhamdulillah, itula selayaknya kalimah yg dilafazkan apabila melihat jemaah muslimah di surau ar- razi semakin ramai..terutama waktu maghrib...seronok rasa di hati.. dapat jumpa kawan2 yg lain posting. Dapat kenal lagi dgn rakanrakan 3rd year. Dapat “tuisyen free” dari shbt 4th year dan kakak 5th year..subhanallah..indahny
a ukhwah akidah yg satu ini…

Adakah kerana hasil forum Dekat Dihati? Atau suntikan semangat Ustazah hashimah dan Mejar dalam Forum Air Mata Palestin? Atau kerana gelombong peperiksaan ketiga-tiga batch ini semakin kuat terasa? Atau apa sebabnya? Apa pun sebabnya, berbalik semua kepada Allah yg menggerakkan hati kita, yg memberi kekuatan pada anggota badan kita untuk menyahut seruan hai ya alassolah secara berjemaah dan juga amal kebaikan yang lain.

Seperti firman Allah dalam surah al-Anfal: 63
“dan Dialah (Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia maha Perkasa Maha Bijaksana”

Buatla program mega mane pun.. tawarkanlah merit sebesar manapun..namun kalau Allah tak mengizinkan kita untuk membuat sesuatu, maka tidak la jua.

Mungkin ada antara kita yg kadang-kadang merasa malu..malu kerana hanya aktif solat berjemaah (atau buat amal2 sunat) apabila kita rasa lemah (eg: exam).. Ia, seharusnya kita berasa malu dengan Allah.. malu yg amat dengan kesombongan kita..bayangkan kalau Allah hanya beri kita oksigen masa kita rajin beribadah kpdNYA………………………………………xdapat nak bayangkan..

Namun, jangan sampai malu itu menghalang kita meneruskan kebaikan tersebut. Sepatutnya, malu itu membuatkan kita untuk terus berusaha supaya istiqamah dalam amalan kita..
Mari kita ambil dari sudut yang positif. Mungkin inilah titik permulaan untuk kita berubah menjadi manusia hebat di sisi Allah. Siapa tahu, berkat doa imam yg diaminkan oleh makmum yg semuanya penuh pengharapan pada Allah, kita mula mengenali erti syukur. Kita mula menambahkan amalan sunat… dan bertitik tolak dari situ kita mula merasakan nikmatnya hidup mengikut panduan Islam.

dan dalam keadaan susah begini mungkin baru kita sedar hikmah ujian kesusahan yg Allah timpakan.. jika tiada ujian dariNya, mungkin iman kita sentiasa di level yg sama atau lebih teruk lagi semakinmerundum jatuh..
Bak kata ustaz Anuar Ridhuan dalam forum Dekat Di Hati tempon hari. Buatlah apa jua kebaikan walaupun kamu tidak tahu status niat kamu samade ikhlas atau tidak.. berdoalah kepada Allah agar ikhlas itu menyusul juga nanti berkat istiqmah yg kita usahakan..

Ayuh, sahabat semua..kita saling bantu-membantu dan mengingatkan antara satu sama lain

Monday, 11 January 2010

:: Jom ke surau ::

Hadith :

Dari Ubai bin Kaab r.a katanya:”Ada seorang lelaki yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu dia tidak pernah ketinggalan bersolat jamaah. Kata orang kepadanya:”Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu di malam gelap atau di panas terik.” Dia menjawab:”Aku tidak suka tinggal berdekatan dengan masjid kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis Allah pahalanya bagiku.” Sabda Rasulullah SAW :”Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagi mu.”(Muslim)

Huraian

Begitu indah ‘panggilan Allah’ sehingga orang yang benar-benar beriman akan segera berganjak dari kesibukan mereka untuk segera menyahut panggilan-Nya. Demikian juga banyak sekali keutamaan yang diberikan kepada mereka yang memakmurkan rumah Allah (masjid). Maka sesuai dengan kemajuan hari ini juga, banyak surau-surau dan masjid yang cantik dibina bagi memudahkan kita untuk solat berjemaah. Apatah lagi jika surau atau masjid itu terletak berdekatan dengan kediaman kita. Tidak perlu kita berkenderaan untuk ke sana. Namun kelazimannya manusia sentiasa tidak bersyukur di atas nikmat tersebut yang jika direnungkan amat ketara sekali pengabaiannya. Ini terbukti apabila kebanyakan masjid tinggal terbiar, sunyi sepi tanpa dimakmurkan oleh ahli kariah masing-masing sedangkan fungsi masjid amat luas iaitu selain menjadi tempat mendirikan solat ia juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan aktiviti ceramah, majlis ilmu, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Hari ini apa yang menjadikan masjid meriah hanyalah jika tiba bulan puasa dan hari raya. Meskipun kedudukan masjid tidak jauh ternyata kita tidak tertarik untuk ke sana. Kata orang, hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tetapi jika hendak ke masjid, meskipun tidak hujan, panas, jauh sekali ribut petir kita tetap tidak pergi ke masjid. Betapa kita menilai bahawa pemberian gaji dan pemberian pahala itu seakan sesuatu yang asing. Kerja untuk dunia dan solat untuk akhirat. Sedangkan kerja juga suatu ibadah yang ganjarannya selain datang dari manusia yang berupa gaji, ia juga datang daripada Allah yang dengan sifat Pemurah-Nya memberikan kita rezeki (melalui kerja tersebut) dan Dia jugalah yang memberikan kita pahala jika kerja itu diniatkan sebagai ibadah yang dilakukan kerana Allah. Maka kita selaku manusia sewajarnya bersyukur kepadanya dengan datang beramai-ramai ke masjid untuk memakmurkan rumah-Nya yang sekalipun kita tidak diberi gaji untuk itu tetapi yang penting kita dikurniakan pahala dan keberkatan oleh-Nya. Bukankah itu sebaik-baik jalan bagi manusia menuju kesejahteraan hidup memandangkan bahawa bumi ini adalah milik Allah dan kita hanyalah makhluk yang kerdil yang menumpang sementara di atasnya. Justeru hidupkanlah masjid sebagai tempat untuk menunaikan ibadah secara berjemaah selain mendirikannya di rumah secara sendirian ataupun bersama keluarga!


Imam Al-Manawi berkata dalam kitab Faidhul Qadir mengenai sabda Rasulullah saw, "

"
Sesiapa yang pergi menuju solat fardhu berjemaah ia sama dengan menunaikan ibadah haji". Yakni (ia akan memperoleh) seperti pahala haji, tapi tidak mesti sama ukurannya".

Ini bermakna jika kita konsisten/berterusan mendirikna solat berjemaah Allah memberikan ganjaran pahala yang banyak seperti menunaikan haji.


* Dalam satu hadis yang bermaksud.


"
Para Malaikat sentiasa mendoakan seseorang kamu, selagi ia tetap di tempat solatnya, sehingga wudhu'nya batal ataupun ia bercakap. Para malaikat itu memohon; " Ya Allah , Ya Tuhanku !, Ampunilah dia , Rahmatilah dia!".

*
Membiasakan diri bersolat jemaah adalah perkara yang besar faedahnya. Tapi berjemaah semasa solat Isyak dan Subuh adalah lebih besar faedahnya, sebagaiman sabda Rasulullah saw. Maksudnya:

" Barangsiapa solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun beribadat setengah malam. Dan barangsiapa yang solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun sepanjang malam beribadat".

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"
Andaikata para manusia itu mengetahui betapa besarnya pahalanya mengerjakan solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, niscayalah mereka akan mendatangi kedua solat itu, sekalipun dengan jalan merangkan".
-( Muttafaq "alaih)

Saturday, 19 December 2009

HIJRAH SEBAGAI PENGORBANAN UNTUK PERUBAHAN

ALHAMDULILLAH, sama-samalah kita bersyukur kepada Allah yang telah memberi pelbagai nikmat kepada kita sekalian sejak dari dahulu hingga ke hari ini, yang membolehkan kita sekali lagi menyambut peristiwa Hijratul-Rasul bagi tahun ini.

Hijrah Rasul yang kita sambut ini bukanlah satu ethos sejarah semata-mata, yang disambut dan diraikan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Tetapi hijrah adalah satu sejarah yang benar-benar mengubah penafsiran falsafah hidup yang selama ini manusia gila-gila menjadikan dunia untuk dunia semata-mata. Hijrah disambut kerana ianya mengandungi suka duka dan pahit maung perjalanan hidup seorang pejuang kebenaran yang diketuai oleh seorang Nabi dan Rasul yang bernama Muhammad SAW.

Hijrah adalah satu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tidak ada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah suatu tuntutan hidup. Berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik.

Setiap orang Islam mesti ada semangat dan cita-cita untuk berubah. Berubah dari segala sifat yang mazmumah kepada mamduhah. Oleh itu Allah mewajibkan manusia membaca al-Fatihah di setiap kali hamba-Nya. Dalam al-Fatihah terkandung ayat yang bermaksud: Ya Allah Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.


Persoalannya bagaimanakah jalan yang lurus itu akan kita perolehi kalau kita tidak lakukan perubahan dan berkorban? Di atas dunia ini apabila manusia ingin membina lebuhraya yang baik dan selesa kita mesti melakukan pemotongan, pembetulan, potong sana dan gali sini, luruskan mana yang bengkok, timbun mana yang berlubang dan sebagainya. Inikan pula kita hendak mendapat jalan yang lurus untuk dunia dan akhirat. Sudah tentulah banyak pengubahan dan pengorbanan yang diperlukan. Oleh sebab itu Islam mengajar kita melakukan alamru bil ma'ruf wannahyu anilmunkar.

Iaitu mengubah akidah syirik kepada tauhid, mengubah zat pencarian yang haram kepada yang halal, mengubah sikap mendewa-dewakan manusia kepada mendewa-dewakan Allah Azawajalla. Bukanlah kerja maninan yang boleh dilakukan sambil lalu. Dia memerlukan hujah yang jelas, hala tuju yang diterima akal, menyebabkan Nabi SAW. sendiri rela meletakkan diri baginda di dalam keadaan yang serba sulit dan bahaya. Sehingga baginda telah diancam untuk dibunuh, ditangkap atau dihalau oleh musyrikin Mekah. Kenapa sampai begitu sekali ancaman yang terpaksa diterima oleh baginda? Tidak alain dan tidak bukan ialah kerana Nabi datang membawa perubahan ke arah jalan yang lurus. Yang memerlukan terlalu banyak perkara yang terpaksa dibuat perubahan bermula dengan perkara yang pokok yang besar-besar seperti akidah dan perundangan hinggalah perkara-perkara lain yang lebih kecil tetapi menjurus dan boleh memberi kesan kepada kebaikan yang hendak dicapai.

Perkara-perkara yang besar yang telah diubah dimulakan dengan masalah dasar hidup (akidah) seperti ketuhanan dari amalan syirik menyembah berhala diubah oleh Nabi supaya manusia menyembah Allah, kezaliman ditukar kepada keadilan, huru-hara diubah kepada keamanan dan kedamaian, amalan penindasan sesama makhluk ditukar kepada pembilaan dan kesaksamaan dan berbagai-bagai lagi. Malah bagi perkara yang lebih kecil pun diubah oleh Nabi SAW. seperti hari niruz atau perayaan menyambut tahun baru di kalangan masyarakat jahiliyah ditukar menjadi dua hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya haji, daripada suka menyimpan misai tanpa janggut diubah supaya mengekalkan simpanan janggut dan menipiskan misai. Nama-nama orang yang membawa makna yang buruk atau hodoh seperti Abdulkhail (hamba kuda) ditukar kepada Abdul Khair (hamba yang baik), bayaran maskahwin yang mahal ditukar menjadi lebih murah, supaya kehidupan seks tidaklah berkisar di kalangan orang-orang yang berduit semata-mata. Kemurahan itu menyebabkan kehidupan menjadi senang dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.


Kesimpulannya terlalu banyak perubahan oleh Nabi SAW. dalam usaha untuk mendapat siratul mustaqim. Kesemuanya ini memerlukan kefahaman yang mendalam dan juga pengorbanan jiwa dan azam yang tinggi. Oleh hal yang demikian, kalau ada suara-suara yang mengkritik perubahan yang dibuat sekarang untuk mendapatkan siratul mustaqim dengan mencontohi Rasul SAW. maka itu menunjukkan bahawa golongan seperti ini adalah golongan yang tidak faham kandungan ajaran Islam dan tidak faham makna dan hakikat dari peristiwa hijrah walaupun mereka juga menyambut peristiwa hijrah.

Monday, 14 December 2009

Hukum mengucapkan ucapan selamat bagi perayaan-perayaan agama orang bukan ISLAM.

Assalamu’alaikum..

Dalam mu’ammalah kita seharian, pasti akan berlaku banyak interaksi antara kita dengan orang bukan islam. Apabila interaksi ini berlaku, banyak masalah yang akan timbul berkaitan dengan hukum dan batasan pergaulan antara kita orang islam dengan mereka. Sebagai contohnya, masalah aurat antara kits dengan bukan islam yang mempunyai jantina yang sama dan permasalahan seperti yang tertera pada tajuk posting kali ini.

Tuntutan menjaga hubungan sesama manusia menyebabkan berlakunya keperluan untuk mengucapakan ucapan selamat kepada rakan-rakan kita yang meraikan perayaan agama mereka. Ulama’ bersilih pendapat tentang perkara ini, namun kita sebagai orang awam hendaklah bijak menerima pakai hukum yang diistinbatkan oleh para ulama’ tersebut berdasarkan hujah-hujah mereka dan situasi persekitaran kita.

Aku sisipkan beberapa pendapat ulama’ berkaitan perkara ini untuk rujukan kita bersama ;


Dr Muzammil siddiqi (President of the Fiqh Council of North America)

“You may wish happy holidays to your Christian friends, relatives or neighbors. If they give you gifts, you should thank them and accept them with cheer and should also remember them at the time of Islamic holidays.”


Sheikh Ahmad Kutty, (A Senior Lecturer and an Islamic Scholar at the Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada.)

“Muslims are to wish everyone the best; there is nothing wrong in wishing Christians a happy Christmas or happy season as long as you are clear in your mind that you are not condoning the specific Christian beliefs about divinity of Jesus, etc.”



Dr Yusuf al-Qaradhawi

Laman islam-0nline memuatkan salah satu kenyataan al-Qaradhawi yang berbunyi :

ويقول في تهنئة اليهود والنصارى في أعيادهم
هذه حقوق مشتركة، فإذا كان الكتابي يأتي ويهنئك ويعيد عليك في عيدك ويشارك في أتراحك ومصيبتك فيعزيك بها، فما المانع من أن تهنئه بعيده وفي أفراحه وتعزيته في مصيبته؟ الله سبحانه يقول: “وإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا” (النساء: 86)، وهذا لا يعني أن نحتفل معهم، إنما نهنئ فقط، وهذا من البر والقسط الذي جاء به هذا الدين

Maksudnya lebih kurang : Dan dia (al-Qaradhawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian : “Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta’ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya. Allah berfirman : “Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa.” (al-Nisak : 86). Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam).”

Berdasarkan kenyataan ini, yang hanya dibenarkan adalah ucap tahniah dengan perayaan. Adapun menyambut bersama ia tetap terlarang. Maka kita tidak menghadiri rumah terbuka mereka, kerana itu termasuk sebahagian daripada merayakan perayaan mereka.


Sheikh Muhammad Saleh al-Munajjid, (ahli majlis fatwa kerajaan arab Saudi)


Beliau berpendapat perbuatan mengucapkan selamat pada hari-hari kebesaran orang bukan Islam adalah bertentangan dengan asas-asas akidah Islam. Beliau berhujah, hari perayaan agama kaum lain pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,

“Barangsiapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia termasuk dalam golongan mereka ” (Sahih riwayat Abu Daud).


Prof. Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor , (Pensyarah Akdemi Pengajian Islam, Universiti Malaya)

adalah jelas haram bagi umat Islam menyertai Hari raya kaum bukan Islam seperti memasang lampu warna-warni di sekeliling rumah, menghias rumah dengan pokok krismas, menyertai perarakan Thaipusam dan lain-lain kerana amalan ini ada hubung kait dengan akidah. Begitu juga adalah haram bagi umat Islam jika mengucapkan selamat Hari Raya kepada orang bukan Islam pada hari-hari kebesaran agama mereka jika ianya bermaksud untuk sama-sama berhari raya dengan mereka, merelai kekufuran mereka dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama (mereka).

Tetapi jika maksud ucapan ‘selamat’ pada hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih hanya ikut bercuti pada hari itu, membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, maka saya kira pengucapan seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekaligus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka. Sama seperti sekiranya mereka menghulurkan makanan yang halal kepada kita dan kita terimanya dengan baik hati, serta mengucapkan terima kasih dengan makanan atau hadiah yang diberi, saya kira ia tidak ada kena mengena dengan akidah, bahkan kita harus menerimanya selagi mana ia adalah halal dan suci.

Wallahua’lam.

Sumber : http://tamar89.blogspot.com/