Pages

Thursday, 10 December 2009

MALAM BINA AMAL DAN TAQWA (MABIT)

Hari : Jumaat malam sabtu

Tarikh : 11 Dis – 12 dis 2009

Tempat : Surau Ar-razi


Tentatif Program :

11.30 mlm : Tayangan video

12.00 mlm : Bacaa Al Mulk dan tido di surau Al Razi (muslimin shj)

4.30 pagi : Qiamullai

5.45 pagi : Solat subuh berjemaah

6.15 pagi : Bacaan Al-Mathurat

6.30 Pagi : Kuliah subuh


Sunday, 6 December 2009

:: Siapa kita? ::

Siapa saya, siapa anda, siapa kita?? Adakah kita betul-betul tahu ke siapa ‘kita’? Adakah kita benar-benar tahu matlamat kita hidup di bumi? Dulu saya pun tidak sedar matlamat hidup saya yang sebenar. Saya tahu tapi saya tidak sedar. Tapi sekarang saya jelas dengan matlamat hidup saya. Ops! Bukan matlamat hidup saya tapi matlamat hidup ‘kita’.

Jadi, siapa kita sebenarnya? Kita adalah seorang muslim, seorang yang beragama Islam. Apa makna Islam pula? Islam bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Ini bermaksud ‘kita’ adalah orang yang tunduk, patuh, dan menyerah diri kepada perintah Allah. Bukan kita orang Melayu, kita bangsa Malaysia tapi, ‘kita’ adalah orang Islam.

Apa pula matlamat hidup kita? Jadi doktor? engineer? jutawan muda? aktuari profesional?? Oh tidak, ini bukan matlamat hidup ‘kita’ yang sebenar, ini cuma cita-cita kita, bukan matlamat sebenar ‘kita’. Bukan matlamat kita dijadikan di bumi. Matlamat ‘kita’ cuma ada dua,

1. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (2:30)

Matlamat pertama ‘kita’ adalah sebagai seorang khalifah di muka bumi. Seorang pemimpin. Tapi jika kita lihat hari ini, adakah ‘kita’ pemimpin dunia? Adakah ‘kita’ yang menguasai dunia, atau ‘kita’ yang dikuasai dunia? Bukanlah bermakna kita perlu menjadi kuasa dunia sekaligus, tetapi dalam proses untuk menguasai dunia, tarbiyah dan dakwah perlu dilakukan. Jika menganalisa sejarah, kita sudah kembali seperti zaman Mekah, di mana kita cuma ada dakwah sahaja tanpa negara Islam (yang sebenar) dan tamadun Islam. Jadi proses dakwah dan tarbiyah perlu dilakukan untuk mengukuhkan akidah umat Islam kini yang sudah hampir seperti kaum jahiliyah sama seperti apa yang dilakukan Rasulullah SAW sewaktu berdakwah kepada golongan jahiliyah dulu. Mengukuhkan akidah.

2. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (51:56)

Matlamat kedua ‘kita’ adalah untuk beribadah kepada Allah. Tapi sudah sejauh mana kita beribadah kepada Allah? Sempurnakah solat kita? Cukupkah puasa kita? Ibadah sunat pula bagaimana? Cukupkah ibadah kita untuk memberatkan timbangan mizan sebelah pahala? Sama-sama kita fikirkan. Saya mengingatkan diri saya juga. Takut rasanya bila mengingatkan diri yang sentiasa melakukan dosa dalam sedar atau tidak.

Saya selalu mendengar ayat Al-Quran ini, saya juga selalu dengar orang kata, “Kita adalah khalifah di muka bumi ni,” tetapi saya tidak sedar signifikannya dalam hidup saya. Inilah yang saya katakan saya tahu tapi tak sedar. Saya rasa ada antara kalian semua seperti saya juga kan? Kita tidak sedar matlamat hidup kita yang sebenar. Hakikat hidup kita yang sebenar. Sungguh penting untuk kita mengetahui matlamat ‘kita’. Bila kita sedar matlamat kita, barulah kita rasa bersemangat untuk buat semua perkara(perkara baik ye), sebab kita tahu kita buat kerana Allah, kita buat kerana Islam.

Semua ini saya sedar dan dapat dari satu program bernama ‘ Ini Sejarah Kita’ (ISK). Terima kasih kepada kakak-kakak usrah yang sangat banyak berkorban tenaga, masa, wang ringgit demi kami semua. Tapi jasa yang paling besar yang mereka telah berikan pada kami ialah ilmu yang sangat-sangat berguna untuk kehidupan ‘kita’. Lantas di sini, saya cuba untuk berkongsi dengan kalian semua. Saya rasa semua umat Islam wajib untuk mengetahui matlamat hidup mereka dan setiap orang Islam perlu mengetahui sejarah kegemilangan Islam untuk dijadikan contoh dan kejatuhan Islam agar kita tidak mengulangi sejarah. InsyaAllah pada entri yang lain saya akan cuba untuk berkongsi pengetahuan yang lain pula. Apa yang saya sampaikan ini adalah ilmu yang saya faham dan cuba saya kongsikan. Sesungguhnya Allah sahaja lah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Saya menasihati dan mengingatkan diri saya bersama-sama.

: Perkongsian dari http://aireensamirah.wordpress.com/

Sunday, 15 November 2009

:: Ceramah Qurban Kembali


CERAMAH TERTANGGUH
OLEH


USTAZ ANUAR RIDHWAN

TARIKH : 18 NOVEMBER 09 ( RABU)

TEMPAT : SURAU AL-RAZI

MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB

IBADAH QURBAN

“ZOOM OUT”

“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)


:: Tahlil Perdana ::

Sempena Pemergian Ayah Kepada

Prof Madya Dr Mohd Shahrir Mohd Said

TARIKH : 16 NOVEMBER 09 ( ISNIN )

TEMPAT : SURAU AL-RAZI

MASA : SELEPAS ISYAK

"..Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula didahulukan.." (ayat 34, surah Al-Araaf)


Makan Malam di sediakan...

Wednesday, 11 November 2009

:: Salam AidilAdha ::

Gema takbir kembali berkumandang sebagai tanda satu lagi kejayaan ummat dalam membuktikan kepatuhan Hamba kepada Al -Khaliq (Pencipta) nya. Aidil Adha atau juga disebut sebagai hari raya korban oleh masyarakat kita sebenarnya membawa pengertian yang sangat besar. Pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS dalam peristiwa penyembelihan anaknya Ismail AS merupakan manifestasi kepada kepatuhan Hamba terhadap Tuhannya dan ketulusan Hamba dalam menunaikan janji terhadap Tuhannya.

Saya ingin mengajak seluruh mahasiswa untuk melihat dua mesej penting ini iaitu pengorbanan dan ketulusan menunai janji. Dua elemen ini amat penting dalam membina budaya bangsa untuk bangkit sebagai bangsa bermaruah dan dihormati.

Pengorbanan yang diajar dari peristiwa ini bukan hanya terbatas kepada korban haiwan ternak yang kita fahami tetapi kesanggupan dan kemampuan mengorbankan sesuatu yang kita sayangi dan rapat dengan kita, sesuatu yang sempurna tanpa cacat cela. Inilah yang diajarkan kepada seluruh umat dalam suasana bencana alam, bencana ekonomi, bencana budaya hedonisme yang teruk melanda Negara dan masyarakat hari ini.

Setiap individu terutamanya pemimpin seharus dan semestinya mengorbankan sedikit kesenangan yang dianugerah Allah untuk membantu mereka yang memerlukannya dan ini merupakan asas kepada perpaduan dan kesejahteraan negara. Sikap tamak haloba, mementing diri dan kelompok dengan menafikan hak mereka yang berhak telah banyak mengundang bahana kepada umat. Sikap buruk inilah antara lain menjadi punca kepada kemiskinan yang melarat yang berakhir dengan peningkatan kadar gejala sosial yang dahsyat yang kadangkala tidak pernah terbayang oleh kita ianya boleh berlaku dalam masyarakat kita ini. Sehinggakan tiada tempat atau masa yang boleh dianggap selamat bagi masyarakat melainkan sentiasa terdedah dengan jenayah. Inilah kesannya bila sang kaya lupa untuk mengorbankan sebahagian harta dan masanya untuk membantu yang memerlukan.

Pengajaran kedua adalah ketulusan dalam menunaikan janji yang dibuktikan dalam peristiwa pengorbanan Ibrahim AS ini harus menjadi budaya dalam masyarakat kita. Setiap kata mesti dikota. Allah mengherdik dan memurkai golongan yang tidak mengotakan apa yang dikata (Surah As-Saff 61:2-3).

Apabila penipuan dan pembohongan mengakar dalam budaya hidup umat maka natijahnya adalah kemusnahan system nilai bangsa. Penipuan boleh berlaku dimana-mana hatta dimahkamah tempat yang paling diyakini kebenaran pun penuh dengan penipuan dan pembohongan. Hal ini seharusnya mengundang kebimbangan umat untuk melihat semula sistem dan amalan hidup masyarakat kita. Negara kita adalah tanggungjawab kita. Justeru itu sempana Aidil Adha ini saya ingin menyeru ayuh kita berganding bahu membina budaya bekorban dan telus dalam berjanji mudah-mudahan Allah akan melimpahi rahmah dan barakahNya. Amin

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillah Ilham

sumber : Info alternatif anda